Tahun Persekolahan Hogwarts

Terdapat sebatang pena bulu pelepah sihir di Hogwarts yang mengesan sebarang kelahiran manusia sihir dana akan merekodkan namanya. Setiap tahun, ketua guru akan menghantar surat penerimaan sebagai pelajar Hogwarts kepada nama yang disenaraikan itu apabila mereka mencecah sebelas tahun. Jika terdapat perkara yang menyebabkan surat itu tidak sampai penerimanya, burung hantu akan terus menghantar sehingga surat itu diterima oleh penerimanya sendiri.

Surat penerimaan sebagai pelajar Hogwarts itu turut mengandungi senarai bekalan yang diperlukan termasuk buku jampi dan kawah. Lazimnya, penerimanya akan mencari semua bekalan tersebut di Diagon Alley. Bagi surat untuk Muggle, penghantar istimewa akan menghantarnya untuk menerangkan kepada mereka tentang dunia sihir.

Penggal bermula pada 1 September. Pelajar akan mengambil kereta api Ekspres Hogwarts di stesen King’s Cross. Setibanya di perkarangan luar Hogwarts, pelajar tahun pertama, akan mengikuti penjaga mergastua sekolah, iaitu sekarang ini dipegang oleh Rubeus Hagrid, untuk menaiki perahu yang disihir untuk menyeberangi tasik ke Hogwarts. Bagi pelajar lain, mereka akan menaiki pedati yang ditarik thestral. Thestral merupakan binatang yang hanya boleh dilihat oleh orang yang pernah menyaksikan kematian.

Pelajar tahun pertama akan tiba lebih lewat dari pelajar yang lebih tua dan mereka akan dialu-alukan oleh ketua pengajar, yang akan memberi taklimat ringkas mengenai system rumah pasukan. Setelah mereka dibawa masuk ke Dewan Besar, Topi Pengisih akan menyanyikan lagu yang berkaitan dengan keempat-empat rumah pasukan. Lagunya berlainan setiap tahun dan akan diselitkan sedikit amaran dan nasihat jika ketika itu sekolah berada di dalam waktu bahaya. Setelah nyanyian selesai, topi itu akan dileakkan di atas kepala pelajar lalu mengagihkan pelajar ke pasukan yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah upacara tersebut selesai, jamuan awal penggal akan bermula.

Setelah jamuan tamat, pengawas akan mengetuai pelajar tahun pertama ke ruang umum setiap rumah masing-masing. Kelas akan bermula pada keesokan harinya. Perlawanan Quidditch pula akan berlangsung tak lama selepas itu. Bagi pelajar tahun pertama, mereka akan belajar penerbangan dengan Madam Hooch.

Halloween diraikan setiap tahun. Dewan Besar akan dihiasi sempena perayaan ini. Lazimnya, Halloween akan berlaku perkara yang besar (kecuali buku ke-5 dan 6). Pelajar dibenarkan pulang ke rumah pada cuti Krismas. Pelajar yang tidak pulang akan diberikan jamuan Krismas. Seperti perayaan yang lain, Dewan Besar sekali lagi akan dihias dengan pokok Krismas dan lain hiasan lagi.

Kelas akan bermula seperti biasa setelah cuti Krismas berakhir. Perayaan lain seperti Hari Valentine dan Easter disambut dikalangan pelajar sahaja. (Melainkan tahun kedua Harry, kerana Gilderoy Lockhart menguruskan perayaan Hari Valentine. Walau bagaimanapun, Easter tidak begitu meriah memandangkan peperiksaan akan berlangsung tidak berapa lama selepas itu dan mereka dibebani dengan kerja yang banyak sebagai persediaan peperiksaan.

Bagi cuti musim panas iaitu selepas berakhirnya setahun penggal persekolahan, pelajar tidak dibenarkan menggunakan sihir sehingga mereka mencecah umut tujuh belas tahun.

Di dalam buku, uniform pelajar Hogwarts ialah jubah hitam, topi bermuncung hitam disertakan selendang musim sejuk. Di dalam filem, pelajar memakai uniform yang hampir menyamai uniform sekolah England. Mereka disertakan sweater kelabu, kemeja berkolar putih, jubah yang disulam lencana rumah dan tali leher yang mengikut warna rumah. Pelajar lelaki akan memakai selua panjang berwarna gelap manakala pelajar perempuan akan memakai skirt dan stoking yang panjang ke lutut.